Wednesday 8 August 2012

Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-Quran & Mengajarkannya (HR.Bukhari)


Dari Aisyah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w “Seorang yang membaca Al-Quran sedang dia mahir dalam membacanya, bersamanya malaikat utusan Allah yang baik. Dan orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap (berkeadaan
payah), maka baginya dua pahala”- Hadith Riwayat Muslim.-


Sabda Rasulullah s.a.w:
“ Sebaik-baik ibadat (sunat) umatku ialah membaca al-Quran”
(Riwayat al-Tirmidzi)

Sabda Rasulullah s.a.w:
“ Barangsiapa mendengar satu ayat dari kitab Allah (al-Quran) maka ia akan menjadi cahaya untuknya pada hari qiamat”
(Riwayat Ahmad)

Hadis-hadis di atas menunjukkan bahawa setiap mereka yang membaca Al-Quran PASTI akan dapat ganjaran daripada Allah S.W.T. Di bulan yang penuh barakah ini marilah kita sama-sama mengimarahkan dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran.Ia bertujuan untuk melipatgandakan amalan,ibadah kepada Allah S.W.T.Bukan hanya di bulan Ramadhan sahaja,malah setiap masa dan waktu...InsyaAllah,segala perkara yang dilakukan akan dipermudahkan.Bukan itu sahaja,HATI AKAN MENJADI TENANG(^_^)..Marilah sama-sama fahami,hayati intipati Al-Quran

No comments:

Post a Comment